Thursday, February 18, 2010

Petang tadi jumpa Pak Nik, bincang pasal touch rugby yang nak dianjurkan di Pandamaran. Banyaklah maklumat yang aku dapat. Maklumlah bincang dengan PT. Sebenarnya minggu lepas aku mengadap Haji Mail pasal permohonan padang ragbi kat Klang. Sambil tu aku cadangkan penganjuran touch rugby oleh MPK atau DUN. Kelihatannya Haji Mail berminat dan minta buat budget. Pasal tu lah aku jumpa Pak NIK.
Sembang punya sembang Pak Nik bagi tahu MTD akan anjur kejohanan ragbi Mac ini. Ingat nak hantar team. Tapi tak tahulah ada budget ke tak. Kalau dapat mana-mana sponsor nanti, insyaAllah pergilah kami

No comments:

Post a Comment