Saturday, February 20, 2010
Malam ni PM turun kat Pandamaran. Malam ni ada Kem Ibadah kat SMK Raja Lumu. Malam ni ada jemputan mesyuarat Maulid Nabi kat masjid anjuran JKK. Katanya anjuran bersama dengan masjid, tapi ajk telah dibentuk, penceramah telah dijemput. Apa yang menariknya dalam agenda ada dinyatakan pengesahan minit mesyuarat yang lepas. Setahu aku inilah mesyuarat pertamanya. Nazir Masjid tak tahulah datang ke tidak. Kalau sedara dia datang kat rumah, tak adalah dia kat mesyuarat. Aku cubalah datang malam ni. Nak tahu apa bentuk kerjasama yang dia orang nak arahkan. Kalau ada kekuatan aku tegurlah. Kalau tak ada aku tengok aje.
Thursday, February 18, 2010
Petang tadi jumpa Pak Nik, bincang pasal touch rugby yang nak dianjurkan di Pandamaran. Banyaklah maklumat yang aku dapat. Maklumlah bincang dengan PT. Sebenarnya minggu lepas aku mengadap Haji Mail pasal permohonan padang ragbi kat Klang. Sambil tu aku cadangkan penganjuran touch rugby oleh MPK atau DUN. Kelihatannya Haji Mail berminat dan minta buat budget. Pasal tu lah aku jumpa Pak NIK.
Sembang punya sembang Pak Nik bagi tahu MTD akan anjur kejohanan ragbi Mac ini. Ingat nak hantar team. Tapi tak tahulah ada budget ke tak. Kalau dapat mana-mana sponsor nanti, insyaAllah pergilah kami
Sembang punya sembang Pak Nik bagi tahu MTD akan anjur kejohanan ragbi Mac ini. Ingat nak hantar team. Tapi tak tahulah ada budget ke tak. Kalau dapat mana-mana sponsor nanti, insyaAllah pergilah kami
Tuesday, February 16, 2010
Januari...UPM buat Kejohanan Touch Rugby. Kelam kabut budak-budak Kolej 12 yang uruskan. Sekoalh aku menang ditulisnya kalah. tapi tak apalah...inikan proses belajar. Patut habis petang, tapi melanjut-lanjut sampai ke malam. Nasib baik dapat no 2 plate. seronok budak-budak tu. Kitaorang tak sanggup tunggu sampai ke acara penyampaian hadiah. Itupun sampai sekolah 1230 malam. KISAS oklah...samapai 3 pagi tapi terus masuk asrama. Kitaorang kena hantar pula ke rumah diaorang. Sorang ke Teluk Gedung...sorang lagi ke Pendamar. Nasib Telok Gong tadak. Kalau tak hantar nanti kena bambu dengan emak bapak budak-budak tu.TQ Cikgu Kamariah kerana turut sama mengorbankan diri. Beginilah susahnya sekolah harian nak bangunkan sukan ragbi. Cikgu kena syok sendiri, baru jadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
