Lama dah tak nulis. Tak tahu pasal apa nak tulis kembali. Samada dari usikan Nuar Karkun yang bertanya bila Ucu Aki nak nulis balik. Ataupun pasal ZOB yang kena sound supaya jangan tampal hadith-hadith yang memperli orang di masjid.Conclusionnya saya menulis kembali kerana kedua-duanya sekali.
Dua hari yang lepas sementara menunggu masuknya waktu subuh ZOB telah didatangi dan ditegur oleh Sang Ketua. Hairan bin Ajaib rasanya bila didatangi oleh Sang Ketua ni. Maklumlah kami ni bukan dari group rubber stampnya. " Assalamualaikum ustaz....rajin nampak sejak akhir-akhir ni tampal hadith" Kena panggil ustaz..kembang kejap ZOB pasal kami bukan ustaz...kami baru nak start. Biasa yang panggil kami ustaz ni adalah golongan asnaf yang kami santuni atau Mak Jan yang kami uruskan bantuan anak yatim. Tapi pasai apa dia panggil ustaz? " Kalau nak tampal hadith tu janganlah untuk perli orang", kata Sang Ketua sambil berlalu. Dia terus bercakap tapi dah tak masuk port. Berpusing kepala otak ZOB memikirkan hadith yang mana perli orang. Hadith tu kan benda baik. Buat panduan. Kata orang Pak Wahab. Takkan tolak hadith. Kalaulah Sang Ketua ni dibagi perintah negara ramailah yang kena penjara sebab jalan tak sederap dengannya. Nak tampal hadith kena rujuk dulu. Kalau hatinya gumbira bolehlah tampal. Kalau tak kena OSA nanti.
Sebenarnya dah lebih 6 tahun bercampu dengan Sang Ketua dan konco-konconya.Ada yang masih kekal bersamanya dan ada yang dah mufarakah. Dari awal dah nampak kebejatannya, banyak yang tak kena, tapi cuba nak bersangka baik. Bila sembang-sembang keliling kampung, tak payah tanya ..satu demi satu imformasi muncul terutama dari geng UMNO. Kata mereka...kalau orang.... tu tak payahlah nak bersangka baik......Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment