Saturday, March 13, 2010

Ikhlas Ya Sheikh

Jumaat lepas, mesyuarat pengurusan masjid dijalankan. Nazir tak datang mesyuarat kerana besan datang ke rumah. Timbalan Nazir kurang sehat, tak dapat mempengerusikan mesyuarat. Ini merupakan mesyuarat yang kelima siri kedua. Siri pertama pada hari Ahad pagi. Bendahari tak hadir dengan makluman. Biro Pembangunan tak hadir tanpa makluman. Biro pendidikan tak hadir tanpa makluman.. Jadi mesyuarat berjalan bagi memberi laluan kepada yang tak hadir ini memberi laporan. Akulah mempengerusikannya.
Salah usul dalam mesyuarat ini adalah melantik pembantu siak bagi menyediakan minuman guru-guru yang hadir dengan bayaran RM150. Usul ini diterima sebulat suara tanpa bantahan atau tiada yang kata tak ikhlas. Sebenarnya isu tak ikhlas ni mewarnai mesyuarat-mesyuarat sebelumnya. Panas telinga dibuatnya. Apabila siak minta tambahan elaun dari masjid, ramai yang mengutuk siak tak ikhlas. Buat kerja kerana duit. Tahan telingalah aje siak, pasal dia orang ramai. Majoriti ajk adalah cetak rompak dari JKK kampung. Jawatan Nazir dan SU saja yang dia orang tak dapat.Bila kita syorkan ustaz-ustaz tak payahlah dibayar kerana mereka ikhlas...tak terima pula. Nyatanya ikhlas tu maksudnya kalau aku dapat......

No comments:

Post a Comment