05 Mac yang lepas aku menerima satu panggilan mengejutkan dari En. Zamri, Unit Kejuruteraan MPK yang menyatakan permohonan padang ragbi telah diluluskan. Pilihan diberi samada Kompleks Sukan Pandamaran atau Padang Sultan Suleiman. Esoknya pula YDP PAS Klang, Hj. Ismail pula menelefon di atas hal yang sama.
Alhamdulillah berjaya juga apa yang aku angan-angankan selama ini. Sebenarnya ini bermula pada Kejohanan Ragbi MSSD Klang 2009 yang lalu. Aku telah mengutip tandatangan dan membuat banner 'KAMI MAHU PADANG RAGBI'. Bergambar sakan dengan budak-budak berlatar-belakangkan banner tu. Sesetengahnya takut bergambar, pasal macam tunjuk perasaan pula. Dalam kepala otakku memang dah terfikir untuk menggunakan kenalan yang ada untuk bikin jadi. Namun begitu kekekalutan urusan rumah / masjid / sekolah menyebabkan kertaskerja yang aku buat beku begitu sahaja. 2010, secara tiba-tiba gergasi dalam diri bangkit semula untuk meneruskan niat ini. Kebetulan pergi ke rumah Haji Ismail untuk urusan PA System, terus kuhulurkan sekali kertas kerja tersebut. Memang dalam permohonan tersebut aku minta samada Kompleks Sukan Pandamaran atau Padang Suleiman. TQ Hj. Ismail kerana membantu. Ini membuktikan PAS taklah hanya pandai anjur ceramah sahaja, tapi ambil berat keperluan orang ramai. Coach An ada mahu komen dari Labuan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment